Kempen #iloveusim

Nilai, 04 Sept. – Pelajar Baru Sarjana Muda Sesi Akademik 2014/2015 Universiti Sains Islam Malaysia (U.S.I.M), Nilai di nasihatkan membina wawasan dan menjana jati diri yang tinggi demi masa hadapan nusa dan bangsa seterusnya sebagai perintis pewaris kepimpinan hari esok. Menteri Besar Negeri Sembilan juga Menteri Mentor U.S.I.M, YAB. Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berkata demikian di dalam ucapannya.

Berucap di hadapan 2134 orang pelajar di Dewan Besar U.S.I.M, Nilai, beliau seterusnya menekankan aspek kepentingan peranan mahasiswa sebagai modal insan juga benih-benih yang dibajai hasil dari kemerdekaan yang dikecapi sejak 57 tahun lalu. Tegas Menteri Besar, “Di atas bahu mahasiswa /mahasiswi terletak satu tanggungjawab yang besar. Perlu mempunyai jatidiri yang tinggi dan kuat.

Jika kita tidak menetapkan wawasan kita untuk berjaya sebagai mahasiswa /mahasiswi, ditakuti satu hari nanti, negara akan kehilangan pewaris dan akar tunjangnya pula akan mati ‘bagaikan kiambang tidak mempunyai akar dan hanyut di bawa arus kealpaan.” tambah beliau.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah U.S.I.M, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Syukur Hussain, Naib Canselor U.S.I.M, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad dan Timbalan Canselor U.S.I.M, Profesor Dato’ Mohd Hasim Dolah.

 

Petikan : n9kini.com

 Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6002/6029, Faks: +606-798 8162, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh Kemaskini : 25 November 2016