Bahagian

SEJARAH PELAN STRATEGIK & INTEGRASI NAQLI-AQLI USIM

Perancangan strategik dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi memastikan kemajuan dan kelestarian organisasi. USIM dalam memacu kemajuan, tidak terlepas untuk mengatur pelan strategik pembangunan bagi memastikan halatuju yang jelas kepada warganya.
 
18 Kenyataan Outcomes USIM telah mula dibengkelkan pada 23 Januari 2013 yang lepas dan telah mula mempamerkan impak apabila beberapa Key Performance Indicator (KPI) - sasaran Quick Win telah tercapai dengan jayanya. Namun, wujud keperluan untuk memperhalusi Pelan Tindakan dan KPI yang digariskan bagi penambahbaikan dokumen pelan strategik sedia ada.
 
Pada 13-15 Januari 2014 sekali lagi warga USIM telah berbengkel bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Pada bengkel ini perancangan adalah lebih terarah untuk menjajarkan perancangan USIM dengan KPI pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
 
Beberapa siri perbincangan telah diadakan sepanjang tempoh 2014 dari Januari sehingga Ogos 2014. Beberapa isu telah diambil perhatian terutama untuk meringkaskan Pelan Strategik USIM agar lebih relevan dan menggabungkan dengan unsur Integrasi Naqli-Aqli. Atas niat murni ini Jawatankuasa Pelan Strategik USIM telah diubah kepada Jawatankuasa Pelan Strategik & Integrasi Naqli-Aqli USIM.  

 Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6002/6029, Faks: +606-798 8162, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh Kemaskini : 25 November 2016