Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, segala puji bagi Ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, laman web rasmi Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK) ini dapat dibangunkan sebagai medium saluran maklumat antara agensi luar dan pihak dalaman untuk memberikan informasi dan input terkini. Dalam era globalisasi sekarang di mana akses maklumat hanya di hujung jari, PPKPK turut memanfaatkan kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk berperanan sebagai pintu gerbang mengenai peranan PPKPK dalam merealisasikan aspirasi USIM seterusnya secara tidak langsung memberi sumbangan dalam arus pendidikan negara.

Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti digerakkan oleh dua komponen utama pentadbiran iaitu Bahagian Perancangan Korporat dan Bahagian Pengurusan Kualiti untuk memenuhi objektif penubuhan.  Bahagian Perancangan Korporat berperanan sebagai medium perantara dengan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui penghantaran data MyMoheS dan iPMO. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan meneliti proses pelan strategik universiti dapat dicapai seiring dengan objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). 

Bahagian Pengurusan Kualiti terdiri daripada dua unit iaitu Unit Pengembangan Organisasi dan Kualiti serta Unit Pentadbiran dan Kawalan Kualiti. Kedua-dua unit ini pula menguruskan Pensijilan ISO, 5S, 8S, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKKTU), Pelan Integriti Nasional (PIN), Anugerah Khas USIM serta Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi USIM. Kolaborasi ini dibentuk bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus serta memantapkankan portfolio PPKPK untuk memberikan impak berkualiti dalam landskap pentadbiran organisasi universiti.

Akhir kata, kami berharap semua warga USIM dan pihak luar mendapat manfaat dari laman web ini dengan pelbagai informasi yang terkandung dan mengalu-alukan pendapat, pandangan serta maklum balas untuk kami menambahbaik lagi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan PPKPK.

Mempelopori Sains Islam • Memimpin Keilmuan │ Pioneering Islamic Science • Spearheading Knowledge


Yang benar,

Profesor Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin
Pengarah, Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Universiti Sains Islam Malaysia

 Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6002/6029, Faks: +606-798 8162, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh Kemaskini : 25 November 2016