Latar Belakang

         
 
    
            Pusat Perancangan Koporat dan Pengurusan Kualiti merupakan sebuah pusat di dalam Universiti Sains Islam Malaysia, yang bertanggungjawab dalam perancangan dasar dan kemajuan perkembangan Universiti ke arah memartabatkan pendidikan Islam bersesuaian dengan misi, wawasan dan objektif penubuhan Universiti.  Pada peringkat awal PPKPK dikenali dengan nama Unit Pengurusan Kualiti (UPK). UPK mula beroperasi di bawah Jabatan Canselori pada awal tahun 2003 dan kemudiannya pada tahun 2007 ia diletakkan di bawah Pusat Perkembangan Strategik dan Hubungan Korporat (PPSHK) bersama dengan ‘Unit Hubungan Korporat’ dan ‘Sekretariat Pendakwah Muda dan Tugas-tugas Khas’. Setelah 10 tahun USIM berkembang dengan pesatnya, skop UPK telah dikembangkan skop peranannya yang meliputi skop pengurusan kualiti, perancangan strategik dan pembangunan korporat.
 
          Selaras dengan perubahan ini bermula pada 1 Mac 2010, UPK telah berubah daripada status sebuah unit kepada sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dikenali dengan nama Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti (PPKPK).  PPKPK kini digerakkan oleh dua bahagian yang bersifat bertindak secara seiring dan bergantungan dalam memberi perubahan kepada halatuju dan kecemerlangan di USIM. Dua bahagian yang dimaksudkan ialah Bahagian Perancangan Korporat dan Bahagian Pengurusan Kualiti.
 
Visi 
Menjadi Pusat yang berwibawa mendukung visi, misi dan objektif USIM.
 
Misi
Memimpin wargakerja USIM mengamalkan konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan menjayakan inisiatif untuk mewujudkan budaya kerja kualiti yang mampu mencapai keberkesanan pelaksanaan Pelan Strategik  berasaskan Keberhasilan Universiti.
 
 

 Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6002/6029, Faks: +606-798 8162, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh Kemaskini : 25 November 2016