Piagam Pelanggan

Dalam merealisasikan misi dan wawasan untuk menjadikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai sebuah Universiti terkehadapan yang memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat selaras dengan moto Universiti “Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa”, dengan izin Allah S.W.T maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut :

alt KEPADA PELAJAR

  • Memberi pendidikan bertaraf global, sepadu antara teori dan amali dalam diri setiap mahasiswa yang dikeluarkan; dan
  • Menyediakan prasarana pendidikan dan sistem pengurusan yang terbaik berdasarkan  piawaian-piawaian yang ditetapkan 

 

alt KEPADA STAF

  • Menyediakan calon pelajar yang berkualiti;
  • Menyediakan kemudahan persekitaran terbaik berasaskan teknologi terkini untuk melicinkan proses kerja yang kondusif kepada kerja produktif; dan
  • Menyediakan struktur insentif dan peluang latihan yang positif kepada perkembangan kerjaya kakitangan.

 

alt KEPADA NEGARA

  • Membekalkan bakal tenaga kerja yang berkualiti, kukuh dengan penghayatan nilai-nilai Islam untuk memenuhi keperluan masyarakat,  negara dan dunia sejagat.

 

 Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6002/6029, Faks: +606-798 8162, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh Kemaskini : 25 November 2016