Soalan Lazim

alt

  Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui :                         

 

  Bahagian Perancangan Korporat

  Talian Telefon (6029/8205)

 

   Bahagian Pengurusan Kualiti

   Talian Telefon (8055/8139/8057)

 

 

 

MAKLUMAT BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT

Soalan lazim yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Korporat

 

Apa itu PSPTN?

PSPTN ialah singkatan yang digunakan untuk merujuk kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Apa matlamat PSPTN?

PSPTN digubal dengan hasrat untuk melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Berapa lamakah tempoh perlaksanaan PSPTN?

Terdapat 4 Fasa dalam Pelaksanaan PSPTN:
Fasa1 (2007 – 2010): Peletakan Asas
Fasa 2 (2011 – 2015): Peningkatan dan Pemerkasaan
Fasa 3 (2016 – 2020): Kecemerlangan
Fasa 4 (melangkaui 2020): Kegemilangan dan Kelestarian

Berapakah teras yang terdapat dalam PSPTN?

Terdapat 7 Teras dalam PSPTN:
  • Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti;
  • Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
  • Memperteguh penyelidikan dan inovasi;
  • Memperkasakan institusi pengajian tinggi;
  • Mempergiatkan pengantarabangsaan;
  • Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan
  • Mengukuhkan sistem penyampaian KPT

 

 

MAKLUMAT BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI

Soalan lazim yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Kualiti

 

Apa itu PIN?

PIN ialah singkatan yang merujuk kepada Pelan Integriti Nasional

Apakah matlamat PIN?

Matlamat PIN adalah untuk merealisasikan hasrat Cabaran Keempat Wawasan 2020 ke arah “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh cirri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohaniah yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.

Apakah strategi PIN?

Terdapat lapan (8) strategi yang telah ditetapkan oleh KPT seperti berikut:
  • Strategi 1: Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik
  • Strategi 2: Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
  • Strategi 3: Memantapkan Program Penghayatan Nilai-nilai Integriti
  • Strategi 4: Memantapkan Pengurusan dan Pentadbiran Undang-undang dan Peraturan
  • Strategi 5: Memantapkan Pelan Pengurusan Risiko
  • Strategi 6: Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia
  • Strategi 7: Meningkatkan Tahap Kesihatan dan Kecergasan
  • Strategi 8: Mengukuhkan Semangat Perpaduan

 

 

 

 

 Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti
Aras 1, Bangunan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6002/6029, Faks: +606-798 8162, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh Kemaskini : 25 November 2016